Kerana Anda Perlu Wahai Lelaki~

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam sihat dan salam bertemu kembali kite. /hihi


Yes! Akhirnya cuti sem dah bermula! Bermula lah cuti LIMA bulan aku di rumah. LIMA bulan tu beb! Apa aku nak buat untuk mengisi hari-hari cutiku ek? Emm..nanti lah aku fikir-fikirkan. 


Ye, hari ni bukanlah topik cuti untuk aku bualkan, tapi suatu topik yang mungkin tak disedari dan terlepas pandang oleh kebanyakan orang. Apakah topik itu? Moh le kite same-same membacanye di bawah iye..


nak baca lebih lanjut? Klik read more ok. ^_^



       Biasenya, bile kite sebut lelaki dan kekuatan, ia adalah suatu sinonim yang sudah kite sedia maklum sejak dari azali lagi. Betul? Ya, betul. Memang tak dapat dinafikan lelaki adalah makhluk yang ternyata lebih kuat daripada kaum lawannya, kaum perempuan. Dan ingin ditegaskan di sini, kekuatan yang aku maksudkan di sini adalah kekuatan fizikal ye.. jadi, apa yang aku ingin ketengahkan sebenarnya? Nak tau, sila teruskan pembacaan anda.


       Biar aku membuka isu itu dengan memberikan anda suatu situasi. Ok, bayangkan anda (andaikan anda seorang wanita) berada di sebuah tempat yang mana anda perlu mengangkat suatu kotak yang berat walaupun ianya tak terlalu besar. Anda mengangkatnya bersama teman anda (wanita juga). Anda perlu menuruni tangga untuk membawa kotak itu turun. Di bahagian bawah tangga itu, ade dua orang lelaki yang ingin menaiki tangga  tersebut tetapi perlu menunggu dan memberi laluan kepada anda dan kawan anda turun sambil membawa kotak tersebut. Apakah yang terlintas di fikiran anda? 


        Tidakkan anda merasa perlu bagi kedua-dua orang lelaki tersebut untuk menolong anda dalam situasi itu instead of just look and see? Kenapa tidak lelaki merasakan diri mereka diperlukan ketika saat itu walaupun mereka tak saling kenal mengenali? Kenapa? Hehe..itulah persoalannya.


         Jadi, aku rasa amat wajar bagi seorang lelaki untuk membantu wanita tak kira dalam situasi apa pun kerana aku rasa wanita sebenarnya mengharapkan kaum lelaki untuk menolong mereka dan of course dalam situasi yang dibenarkan syariaat. Dan sekiranya anda kaum lelaki tidak mahu merasakan - apabila menolong seseorang perempuan - seolah-olah anda sedang mengambil kesempatan dengan berbuat baik, fikirlah bahwa anda sedang memberikan sedekah tenaga kepada mereka (kaum wanita) yang mana apabila ikhlas tindakan anda itu, maka pahala tak akan teragak-agak untuk jatuh ke riba anda. Jadi, wahai kaum adam bantulah kaum hawa selagi mana anda tak punya masalah fizikal dan egois tak menguasai para wanita. 



Sekian, mesej khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh blog Wonderful Life untuk semua. /wahaha


Bye./bye. Jumpa lagi.

2 comments:

  1. yeah ! sepatutnya ada laki yg tolong kita angkat barang masuk dalam stor ari tu :P

    ReplyDelete
  2. blogwalking!;)

    meh singgah blog fae :

    http://fzhjmldn.blogspot.com/

    ReplyDelete