Pengaruh Sungkyunkwan menular~

Assalamualaikum...Hai! /hihi


Hai macam-macam la kes sekarang. Kes apa yang aku maksudkan? Kes Osama Bin Laden la. Ada ura-ura mengatakan Osama da meninggal. Persoalannya, betul ke fakta tu? Atau, persoalan yang paling tepat, apakah Osama Bin Laden itu betol-betol wujud seperti yang pernah digemparkan oleh setengah pihak suatu ketika dahulu? Apakah mereka ingin melenyapkan isu Osama dengan mengeluarkan fakta kematiannya? Apakah?
/hmm 


Kita biarkan persoalan-persoalan tu kat situ sebab bukan itu yang aku nak kongsikan di sini. Kes tu sangatlah berat untuk aku kongsikan di sini. /wahaha. Jadi, aku ada satu 'kes' ringan untuk diceritakan. 


nak baca lebih lanjut? Klik read more ok. ^_^



Pernah tau tak satu cerita korea ni, tajuk dia Sungkyunkwan Scandal? Pernah? Ok, kepada yang pernah dengar sila diam ye. Yang tak dengar lagi, meh sini aku nak cerita. Hehe..




Bukan cerita sangat pun sebenarnya. /wahaha


Ok, masa mula-mula aku dengar nama cerita tu, "Sungkyunkwan Scandal". Aku cakap; " Ah? Lagi sekali. Apa?" Haha.. Aku tak dapat nak tangkap perkataan yang disebut oleh kawan aku tu. "Sungkyunkwan". Di samping perkataan yang sukar ditangkap bila pertama kali dengar, ia juga langsung tak menarik minat kebanyakkan orang termasuklah aku. Jadi, macammana aku boleh tengok cite tu? Haha~


Sebab cuti! Disebabkan takde benda aku nak buat sekarang nie, jadi, aku tengok je cite-cite yang ade kat laptop aku. salah satunya cite nie la!


Tak dinafikan, memang sukar untuk memahami cerita nie pada awal-awal episod. Mungkin disebabkan aku tak pernah tengok cerita yang berlatarbelakangkan zaman-zaman dahulu, lebih-lebih lagi zaman dahulu kala bagi budaya selain Melayu seperti Korea atau Cina. Tapi, aku tetap meneruskan tontonan! Ternyata cita dia bes! Kenapa? Jom baca lagi.~


1. Watak-watak utama yang sangat 'comel' dan berbakat. Meh kita lihat gambar-gambar berikut;
Kim Yoon Hee, terpaksa menyamar lelaki menggunakan nama adik lelakinya, Kim Yoon Shik.

Gu Yong Ha, watak playboy yang bijak membantu kawan-kawannya. 

Lee Sun Joon, ragu-ragu dengan perasaannya terhadap Kim Yoon Shik yang disangkanya lelaki.

Moon Jae Shin, mengetahui rahsia Kim Yoon Hee tanpa diketahui oleh Yoon Hee sendiri~
2. Watak yang comel dan menarik perhatian.

Ada seorang watak yang sangat comel dan sangat menarik perhatian aku dalam cite memaksa aku untuk terus  tengok kesemua episod cerita. Bila dikatakan comel, mesti korang ingat pompuan kan? Tapi, bukan. Aku maksudkan pelakon yang membawa watak Gu Yong Ha atau nama sebenarnya, Song Joong Ki. Korang mesti tengok gaya, penampilan dan keberkesanan lakonan yang beliau bawa. sangat comel dengan karektar yang dibawa dan penampilan semulajadi beliau. Sangat-sangat comel! Jom tengok gambar beliau;








  
I love his smile and winks! If i could be with him! /wahaha. So, that's it my simple sharing! See you next time! /bye


1 comment: