I Love Them~

Assalamualaikum!

Wah! Lame betol aku bercuti! Bukan hanya bercuti dari menghadiri kelas, tapi dengan blog-blog skali ikut bercuti. /wahaha

Orite! Ape cerite kali nie? Haa.. ni yang aku nak crite nie!

Nak baca lebih lanjut? Klik read more ok? ^_^
Tadi, mase duk tengah ber-facebooking, tibe-tibe ternampak satu contest invitation nie. Boleh rujuk sini. Lepas tu, tiba-tibe plak hati teringin nak join. So, here goes the story of "I Love Them".

             Aku merupakan salah seorang pelajar universiti di salah sebuah universiti tempatan dalam negeri. Sukar aku kira untuk terus 'hidup' kat tempat yang asing bagi kita sendirian. Sendirian di sini maksud aku, kite tak ade rakan 'sekepala' yang boleh dijadikan tempat menceritakan segalanya. Bayangkan, macammana keadaannya kalau kite sendirian. Pegi kelas sorang-sorang, makan sorang, blaja sorang-sorang, kemas bilik sorang-sorang. Aku tak kata, kita akan mati sebab melalui rutin harian seorang pelajar secara bersendirian, aku hanya mengambil realiti kebiasaan yang terjadi.   
           Aku ade 4 orang teman karib yang sentiase bersamaku susah dan senang. Ketiga-tiga mereka mempunyai 4 karekter watak yang berbeza. Memanglah, kan manusia lain ragam lain citerase. Nak aku ceritekan sorang-sorang?
           Ok lah. Tak payah. Nanti panjang plak ceritenya nanti. Cuma 2 orang je yang aku nak crite. Kenapa dua orang nie? Sebab mereka sangat istimewa bagi aku. Mereka sepasang kembar tak seiras yang menjadi geng aku sejak dari tahun awal belajar. Tapi, walaupun mereka kembar, mereka langsung tak macam kembar. Kenape? Name lagi kembar tak seiras, semestinya wajah memang tak sama. Satu. Yang kedua, perangai masing-masing bagai langit dengan bumi! Sorang pendiam.. sorang lagi kecoh! /wahaha. Memang kalau yang kecoh tu ade skali time duk borak ke, duk makan ke, study ke, memang bergegar la tempat tu nanti. Dengan suara die yang lantang, cakap tak pernah nak habis. Walaupun macamtu, aku tetap suke. Sebab mereka kawan aku. /hihi. Tapi, satu je persamaan dorang. Dorang suke perkataan Love. Entah kenape. Aku pun tak pernah tau kenape. Kalau dekat dalam loker tu memang dorang akan hias bahagian dalam loker dorang dengan 'love'. Tak kire perkataan ke, simbol memang ade sume. Dorang suke buat bentuk dengan perkataan 'love' yang comel-comel pastu ambek gambar, print, simpan. Kitorang yang tengok nie kadang-kadang bosan. /XD Tapi, biarkanlah. Tu kan minat dorang. Mane boleh halang.
           Tapi kan, sume tu dah berlalu dek masa. Kitorang tinggal bertiga sejak mereka 'pergi' meninggalkan kitorang. Mereka 'pergi' sama-sama... Sampai saat nie,, mustahil untuk aku melupakan dorang. Aku takkan lupa. Kenangan itu masih ade. Aku takkan lupa. LOVE. Ye, I LOVE THEM. I love them very much! Semoga roh mereka dalam kalangan orang-orang beriman. 


Ye. Sekadar itu. /bye


p/s: Cerite tersebut hanya lah rekaan semate-mate untuk renungan kita bersama. Hehe~
            


                     

2 comments: