Aku Mahu Bersamamu (Last Part)

           Asyraff ralit memperhatikan setiap tingkah laku makhluk tersebut. Dirasakan seperti dia berada di alam fantasi melihat keajaiban makhluk tersebut.

Raff, jom balik. Dah petang dah nie. Perut aku pon dah berkeroncong nih.” Qai mengajak.

Ah? Oh, jom lah.” Asyraff menyahut dan segera keluar daripada dewan tersebut. 

           Sebenarnya, Asyraff masih tidak bepuas hati untuk meninggalkan makhluk itu begitu sahaja tanpa meninggalkan kenangan apa-apa. Dia bertekad untuk kembali lagi pada esok
hari.


nak baca seterusnya? klik read more. ^_^





_______________________________________



             Asyraff memasuki dewan yang dimasukinya semalam pada petang itu. Kali ini dia membawa sekali alatan lukisnya.

Tak ramai plak orang hari ini.” Desus hati kecilnya.

            Pada hari itu, dia mendekati silinder kaca yang menempatkan makhluk aneh itu. Pada waktu itu, mata makhluk tersebut tertutup. Tidur. Asyraff memandang diam. Kagum dengan kecantikan ia. Asyraff mula melukis. Kelihatan makhluk tersebut bergerak-gerak. Asyraff memandang tersenyum. Makhluk tersebut yang kelihatan memandangnya juga turut tersenyum. 

Asyraff puas.


_____________________________________



            Hari ke seterusnya Asyraff ke sana lagi. Dia membawa lukisan semalam. Kali ini, dia duduk lebih dekat dengan makhluk tersebut. Makhluk tersebut tersenyum sebaik sahaja Asyraff melabuhkan punggung di ata kerusi berdekatan. Ia seolah-olah kenal Asyraff. Asyraff gembira. Asyraff berpeluang untuk mendekati silinder tersebut.

Kau kenal aku ke?” Asyraff cuba bertanya walaupun dia tahu makhluk tersebut tidak mungkin dengar suaranya disebabkan silinder kaca dan juga air menghalang suaranya. Makhluk itu hanya tersenyum.

Aku nak tunjuk gambar kau yang aku lukis tadi dan juga semalam.” Asyraff berkata-kata sambil menunjukkan lukisan-lukisannya kepada makhluk tersebut. Makhluk tersebut menunujukkan reaksi gembira. Seolah-olah dia faham dengan apa yang dilakukan oleh Asyraff.

Hari ini hari last aku kat sini. Esok aku tak dapat datang. Aku ada kerja yang aku kena siapkan.” Makhluk tersebut seolah-olah mendengar dan memahami kata-kata Asyraff. Ia menunjukkan reaksi sedih. Asyraff memandang diam. Terpaku.

Die faham ke aku cakap?” Hati kecil Asyraff berbicara sendirian.

Kau kenal aku?” Asyraff mencuba.

Makhluk tersebut mengangguk-angguk. Asyraff terkejut.

Macammana kau boleh kenal aku?

Makhluk tersebut memandangnya.


Mesti la die kenal aku, setiap ari aku datang jenguk die. Mesti la die cam.” Asyraff berbicara sendirian. Tanpa disedari ada satu perasaan aneh mengalir dalam jiwanya. Perasaan sayang dan tidak mahu meninggalkan. Asyraff senyum. Seperti biasa, makhluk tersebut membalas senyumannya.

" Aku akan cuba untuk jumpa kau buat kali terakhir esok."

_______________________________________

 Keesokannya.

Hei, kau siape sebenarnye?

Kalau lah kau boleh jawab pertanyaan, tak payah dorang hantar kau pegi Russia. Nanti aku boleh jumpe kau selalu kan?

             Asyraff menyedari orang-orang yang berdekatannya memandang aneh menyaksikan dirinya bercakap dengan makhluk tersebut. Perasaan malu sedikit terasa. Lalu, Asyraff mengundurkan diri ke belakang dan memerhati makhluk tersebut dari jauh sambil menyiapkan tugasannya. Tanpa disedari, dia diperhatikan makhluk tersebut setiap masa.

             Jarum jam ditangan Asyraff hampir menunjukkan pukul 5. Terasa kurang sedap dihatinya untuk meninggalkan ia buat kali terakhir. Asyraff mendekati silinder.

Sampai setakat ini saja perjumpaan kite. Aku harap kau jangan lupakan aku. Aku berat sebenarnya nak berpisah dengan kau. Tapi,,Eh, apa aku ni?! Haha..” Asyraff menyedari dirinya terasa janggal untuk berkata sedemikian kepada makhluk yang dia sendiri pun tidak tahu entah ape makhluk itu sebenarnya.

Kau jaga diri baik-baik kat Russia. Aku akan selalu update info mengenali kau nanti. Semoga suatu hari nanti kite jumpe balik.”

Asyraff menghabiskan ayat terakhirnya dengan senyuman. Makhluk itu pula menggeleng-geleng kepala seolah-olah tidak mahu membiarkan Asyraff pergi. Air mukanya menunjukkan die seolah-olah sedang menangis. Kedua-dua tangan mengetuk-ngetuk silinder itu dari dalam. Kuat pukulannya. Asyraff yang sudah berpaling berpusing kembali setelah mendengar bunyi ketukkann. Dalam waktu yang sama, silinder tersebut retak. Air di dalamnya mulai melimpah keluar. Akhirnya, silinder tersebut berderai.

Jangan.....!!
Asyraff berlari dan mendekati makhluk tersebut yang sudah jatuh terkeluar dari silinder dan mengangkatnya ke atas ribanya.

Guard!!” Asyraff memanggil. Hanya security guard yang bermain di fikirannya waktu itu.

Kenapa kau buat macam tu?! Kenape?!” Asyraff rimas dan tidak tahu apa yang perlu dibuat. Makhluk tersebut hanya tersenyum sambil cuba mencari udara. Tangannya yang diselaputi selaput seperti ikan duyung menyentuh lembut pipi Asyraff. Makhluk tersebut tersenyum lagi.

Pada waktu itu, ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh makhluk tersebut kepada Asyraff. Tapi, dia tidak mampu. Jika dia bisa berbicara, ingin sahaja dia mengatakan;

Aku tau kamu. Dulu, kamu selalu datang ke tempatku di sebuah sungai yang mengalir sebelum aku ditangkap oleh manusia dan dibawa ke sini. Jika boleh, aku mahu kau tahu yang aku lah yang selalu bermain-main dengan kakimu dulu. Tapi, kamu tidak tau kehadiran aku ketika itu. Aku selalu tengok lukisanmu ketika kamu tertidur. Sungguh indah sekali. Aku mahu menonjolkan diri aku, tapi, aku takut. Aku takut kamu takut dan tidak akan datang lagi ke situ. Sudah lama aku memerhatikan kamu. Aku sudah cukup kenal kamu. Aku mahu bersamamu walaupun aku sedar dunia kita berbeza. Saat ini adalah suatu keajaiban. Aku bisa menyentuhmu. Aku puas. Aku dapat merasa saat bersamamu walaupun seketika. Aku hargai saat itu. Hari ini sekiranya aku pergi, aku rela. Terima kasih Asyraff kerana bersamaku walaupun sekejap. Aku hargai saat itu.”

Kemudian tangannya perlahan-lahan jatuh. Makhluk tersebut tidak mampu mencari udara untuk bernafas. Pernafasannya semakin kurang dan akhirnya tangannya layu ke lantai dan matanya tertutup rapat.

Jangan!! Tidak!! Bangun!! Bangun!!” Asyraff berteriak.


Dalam waktu yang sama, security guard mendekati dengan beberapa orang yang kelihatan seperti profesor makmal.

__________________________________________

           Sudah beberapa tahun kisah itu berlalu. Selepas kejadian tersebut, makhluk tersebut tetap dihantar untuk kajian lanjut biarpun sudah tak bernyawa. Setelah itu, berita berkenaan makhluk yang tidak diketahui langsung asal usulnya hanya lenyap begitu sahaja. Ada desas-desus mengatakan, saintis-saintis di sana tidak dapat memastikan makhluk tersebut dari golongan apa. Mereka turut keliru dengan DNA makhluk tersebut yang seolah-olah bercampur dengan DNA manusia biasa. Ditambah pula dengan keadaan makhluk tersebut yang tidak benyawa menyukarkan kajian.


             Asyraff masih ingat dengan jelas waktu dulu. Dia sedar yang dia “menyintai” makhluk itu sebenarnya. Tapi, dia tidak pernah memberitahu sesiapa pun. Takut, segan dan aneh pula rasanya untuk dihebohkan.
Asyraff hanya mempunyai lukisannya sahaja untuk dikenang. Dia tahu, kalau makhluk tersebut tak mati sekalipun, tak mungkin dia dapat bersama dengannya. Mustahil. Tapi, jauh disudut hatinya, dia mahu bersamanya. Jauh disudut hatinya, dia mahu bertemu dengannya biarpun dalam mimpi.


Asyraff memandang lukisannya yang diberikan nama “ Sandra, Dirimu Kukenang".

_______________________________________

Raff, kelas kau pukul brape hari nie? Releks je aku tengok kau.” Razif bertanya seraya melabuhkan punggung di kerusi tempat Asyraff berada.

Pukul 3 petang karang. Bosanlah duk kat bilik.”

Owh, patutlah..

Kau nak minum ape? Aku nak gi beli neh. Eh, Qai mana ah?” Asyraff bertanya sambil berdiri untuk memulakan langkah ke kafe berdekatan.

Ade kelas la kut. Entah.” Jawapan Razif tidak pasti.

Weh, aku nak teh ice!” Razif melaung melihat Asyraff sudah memulakan langkah berlalu.

Asyraff meengeluarkan dompetnya dari dalam poket sambil melihat jam di tangan, apakah dia patut makan tengahari sekarang? Ah, masih awal.

Tanpa disedari seorang gadis sedang bergegas berjalan melintangi jalan yang dilalui Asyraff, lantas berlaku perlanggaran kecil.

Maaf, maaf!” Tuturnya lembut.

Asyraff terpandang sekilas. Terpaku. SANDRA?!




           __________________tamat________________
  


Okeh, tamat sudah cerita Aku Mahu Bersamamu nie. Camne ye? Bes ke tak bes? Hm..suke ati la kan nak cakap ape. Tapi, aku suke cerite nie! I wish one day there will be story like that on TV. haha..

P/s: cerita nie tiada kaitan langsung dengan dunia semasa ye. Harap maklum. /bye

0 mangkuk komen:

Post a Comment