Aku Mahu Bersamamu (Part 1)

          Assalamualaikum sahabat-sahabat. Lame dah aku tak post entry kan? Em..mane ade orang nak jawab. Huhu.. Okeh2.. Papepun, ari nie, sebelum aku start post something, tengok video nie dulu....Ya...Layann....

nak baca seterusnya? klik read more. ^_^




Da tengok? Mesti ramai yang da tengok kan? Ungu dan lagu mereka; Cinta Dalam Hati.. Aku sangat-sangat suka tengok videoclip nie. Macam tak logik je pompuan tu kene duk dalam air 24 jam. Kan? /wahaha
Tapi, aku, lagi fantasi, lagi aku suke tengok. So, duk tengok2 tu, maka otak aku tetibe terfikir; "Best gak kalo aku dapat buat satu cerpen yang boleh melengkapkan cerita videoclip nie..Hmm./hmm" Haha.. 
So, aku buat la cerite tu... Ini die.. Have a nice reading!/XD

"AKU MAHU BERSAMAMU"
         Asyraff duduk di atas tebing menggerak-gerakkan kakinya dalam air sungai itu sambil kepalanya dilengguk ke atas mengadap awan-awan putih bermain-main lembut di angkasa. Suasana hijau di sekelilingnya mencipta satu suasana yang amat nyaman. Anak sungai yang terdapat di sini mengalir jernih sambil dibelai anak-anak ikan yang berkeliaran. 
        “Ah.. Sungguh indah hari ni... Bagus juga kalau setiap hari aku macamni.. Kalau aku tidur kejap ni nyenyak nie.. Aahh...” Asyraff berkata sendirian sambil merebahkan badan di kaawasan berumput hijau tersebut sementara kakinya masih berjulur dalam sungai. Kenyamanan yang dirasa mendodoinya untuk lena sekejap.  Tanpa disedari, ada seseorang yang memerhatikannya sambil tersenyum.
________________________________
           Asyraff Mohd Redza, seorang pelajar jurusan Pengurusan Ekonomi di salah sebuah cawangan Uitm dalam negara. Hobinya adalah melukis permandanagn alam. Minatnya terhadap seni lukis amat dominan. Suatu hari, seorang temannya menghemburkan suatu pertanyaan;
Wei, Raff, aku tngok ko punye lukisan bagus-bagus la, kenape ko xpilih bidang Architecture? Lagi sesuai ngan ko. 
Razif, kalo ko nak tau, aku kalo diberi pilihan, aku nak sangat ambek Architecture tu, tp, nak wat camne, aku xde kuasa nk bangkang keputusan mak aku. Takkan ko xtau mak aku tu. Nanti aku kena pegang syarikat arwah ayah aku tu nanti. Lagi pun, aku ni suke gak buat Maths kadang-kadang. Tp, melukis tetap nombor satu..” 
Katanya  tersenyum sambil  membetulkan cermin matanya.

 _________________________________
 “Hahaha..Geli la.. jangan la..Hahaha!!” Tiba-tiba Asyraff berkata-kata dalam keadaan tidak sedar bile dirasekan telapak kakinya digeletek. 
Ah! Hah! Ape tu?! Mimpi ke? Eh, pukul bape da nie?! Eh?” Asyraff tersedar dari lena. 
Terkejut. Tertanya-tanya. Melulu tengok muka jam di pergelangan tangan dan menyimpulkan perasaan geli yang dirasanya tadi adalah mimpi. Hakikatnya, rasa digeletek  itu bukanlah suatu mimpi. Bergegas dia mengutip alataan lukisnya, bergegas mencapai basikal BMXnya. Sebelum berlalu, diperhatikan sebuah kereta Satria Neo berwarna hitam memasuki kawasan tersebut. Dibiarkan persoalan yang mula wujud di ranting mindanya dan terus menuju pulang.
__________________________________
Ibu.. Ibu??" Asyraff memanggil ibunya berkali-kali. Tapi, tiada sahutan. 
Emm.. Keluar lagi lah nie.. Hari minggu pun kerje.. Hmm..” Asyraff berkata-kata sebaik kakinya melangkah ke ruang dapur menuju peti ais.

Ibu keluar kejap.
Tengahari Ibu balik.
Sarapan Ibu dah siapkan atas meja.
Sayang, IBU. 
             Dia membaca nota yang ditampal oleh ibunya. Kemudian, die mengangkat tudung saji yang diperbuat daripada relung rotan itu. Kelihatan semangkuk nasi goreng dan telur goreng bersama seteko air teh yang sudah suam. Asyraff menarik kerusi, duduk sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan. Kemudian, dia makan hanya bertemankan rasa lapar di perut. 
             Begitu lah setiap kali hujung minggu di rumah Asyraff. Sendirian di banglo besarnya. Hanya sekali sekala sahaja ibunya ada di rumah. Tapi, Asyraff tidak kecewa. Dia tahu tanggungjawab ibunya yang terpaksa menggantikan tempat ayahnya. Biarpun begitu, pada waktu malam, ibunya tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Kalau ibunya terlampau sibuk sekalipun, ibunya tetap ada waktu untuk bersama Asyraff, menemaninya buat seketika. Sebab itu, Asyraff tidak pernah menolak atau membangkang setiap keputusan yang dibuat oleh ibunya. Asyraff tahu, semua itu untuk kebaikan mereka bersama. 
             Namun, sesekali dirinya sunyi juga. Sendirian. Tiada abang tiada kakak untuk bermain-main atau berbual-bual. Pernah juga Asyraff terfikir alangkah bagusnya kalau dia ada kakak. Mungkin kakak buleh ganti tempat ibu menguruskan kerja-kerja di ruma. Tapi, setiap kejadian itu ada hikmahnya. Mungkin kalau ada kakak, Ibu mungkin tidak mempedulikannya langsung. Mungkin. Kadang-kadang fikiran begitu mengetuk benak Asyraff. 
             Walau bagaimana pun, dia bersyukur dengan keadaannya sekarang. Kalau dikira hidupnya sudah cukup sempurna jika dibandingkan dengan orang-orang miskin yang tidak punyai apa-apa kalau seseorang ayah dalam sesebuah keluarga sudah tiada. Asyraff mangajar dirinya untuk mengukur dirinya begitu. Bersyukur dengan apa yang ada. Itulah nasihat arwah ayahnya suatu ketika dahulu.
_________________________________
             Asyraff mencapai remote TV high definitionnya. Ditekan butang On. Dikuatkan nada suara. Kelihatan berita menarik yang sedang ditayangkan. 
Kelmarin, sekumpulan ahli Makmal Haiwan Segamat berjaya menangkap satu makhluk air yang muncul tiba-tiba di daerah Ulu Selangor berdekatan tasik rekreasi. Makhluk yang menyerupai manusia gadis yang mempunyai kulit separuh sisik itu dipercayai tergolong dalam spesies ikan duyung. Walau bagaimanapun, makhluk tersebut tidak mempunyai badan berekor sebaliknya mempunyai sepasang kaki seperti manusia. Makhluk tersebut hanya boleh bernafas di dalam air seperti tabiat ikan dan apabila dikeluarkan dari dalam air, ia memberi reaksi tidak dapat bernafas.” 
Lapor seorang pemberita TV6 dari lokasi tempat makhluk air itu ditempatkan. 
Hah..?” Asyraff tersentak. Terkejut dan terpegun. Terkejut kerana tidak menyangka masih wujud makhluk sebegitu di era Millenium ini dan terpegun melihat kecantikan makhluk yang menyerupai manusia itu. Rasa melonjak di hatinya untuk pergi melihat sendiri makhluk unik itu. 
What makes you different.....” Telefon tangannya yang diset lagu Back Street Boys yang bertajuk “What makes you different” sebagai nada dering tiba-tiba berbunyi. Asyraff terus bangun dan menuju ke meja tempat dia menempatkan telefon tangannya. 
Ya, Qai. Ada apa hal?” Asyraff menjawab panggilan daripada Qaisara atau lebih mesra dengan panggilan Qai, teman se-universitinya yang selalu bersamanya selain Razif. 
Wei,Raff,kau tengok tak berita semalam? Berita pasal makhluk macam ikan duyung tu..?”  
Oh, aku baru tengok tadi. Kenapa?" 
Jom kita pergi tengok makhluk tu, nak? Diorang buat pameran untuk orang ramai selama seminggu sebelum dihantar untuk kajian lanjut di Russia. Jom? 
Oh, ye ke? Boleh lah! Aku pon memang nak tengok jugak makhluk tu dengan mata kepala aku sendiri. Ok, bile? 
Pameran tu start esok. Esok pagi lah kite pergi. Ok? 
Ok, no problem. Nanti aku jemput kau macam biase.”  
Ok, cantekk... Ok, bye! See ya! 
 ____________________________________
Waa.. Gile ramai orang datang.. tak sangka plak ramai yang minat bende2 camnie. Ingatkan aku sorang je.” Qai berkata-kata sebaik memasuki dewan yang menempatkan makhluk ganjil tersebut. 
Apela kau ni,, bende-bende pelik camnie mesti la ramai yang berminat. Sume orang mestila nak tngok bende yang tak pernah diorang tengok..” 
Asyraff membalas kata-kata Qai. 
               Suasana di dalam dewan sangat sesak dengan orang ramai. Semua orang tidak melepaskan peluang untuk melihat makhluk itu. Terdapat ramai sekuriti-sekuriti yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan umum dan memastikan keselamatan makhluk tersebut supaya ia tidak diambil oleh pihak yang tidak sepatutnya. 
              Asyraff dan Qai sudah berada berdekatan makhluk tersebut. Makhluk itu ditempatkan di dalam sebuah silinder besar yang diisi dengan air jernih. Semua orang dapat melihat ia dengan jelas ditambah lagi dengan cahaya lampu LED di atas silinder itu. Makhluk tersebut memakai pakaian putih yang lembut bergerak-gerak di dalam air. Rambutnya yang panjang melepasi bahu mempesonakan sesiapa sahaja yang melihatnya ditambah dengan wajahnya yang cantik luar biasa.
           (bersambung) 


" I like to see you.."
Ok, bersambung... nantikan sambungan nye ye...


Jumpe lagik!/bye


p/s 1: cite nie xde kaitan langsung dgn dunia ya. Harap maklum. Dan tolong ignore bahasa rojaknya ya.. /wahaha


p/s 2: kenapa bnyak sangat benda nie ">>" eh?? /hmm 




0 mangkuk komen:

Post a Comment