Kami Rindukan Lelaki Dahulu

Assalamualaikum dan salam 165 buat semua! Moga-moga sihat lah hendakNya...Amin.. /hihi

Tadi, mase duk tengah explore FB, terjumpe satu sajak realiti yang sangat indah nukilannya..

Nak tengok? Berikut adalah sajaknya;


nak baca seterusnya? klik read more. ^_^







Dulu, 

Bila disebut lelaki, 
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah,Saifullah.
Tokoh ramai tak terkira.  

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya,boneka Yahudi.  

Dulu,Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga,melindungi,  

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat,perogol bersiri.  

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,  

Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.  

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,  

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas,binasa.  

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,  

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia seisinya  

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad tekun berdakwah, 

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan,tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,  

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.  

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,  

Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri sering bertelingkah.
Kembalilah lelakiku,Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,Acuan madrasah Rasul~ 

(dipetik dari Syabab Musafir Kasih,Fatimah Syarha Mohd. Noordin)


Begitulah realitinya ye. Tak dapat dinafikan. Susah dah sekarang kite nak cari lelaki "acuan madradah Rasul" bak kata penulis, Fatimah Syarha. Walau buruk bagaimane sekalipun seorang wanita itu, hatinya pasti mau lelaki yang hebat, yang mampu melindungi mereka,lelaki yang mampu membawa mereka ke jalan yang benar dan lelaki yang benar-benar mengerti erti "suami" yang sebetulnya. Begitulah hendaknya. Cuba kite fikir, alangkah indah dan amannya dunia ini jika semua lelaki begitu. 


Duhai lelaki... Kami merindukan lelaki dahulu...Lelaki acuan Rasulullah SAW...


p/s: tetiba sebak plak. /please

Inikah bakal suami pilihanmu duhai muslimah?

0 mangkuk komen:

Post a Comment