"What a Pathetic Day!"~

Assalamualaikum! /hihi


Arie nie aku nak cerite satu kisah benar yang terjadi kepada salah seorang kawan aku. Kalo korang dengar nie, i bet RM2, korang mesti impressed! Hehe.. here goes the story;
                                    
nak baca seterusnya? Klik read more ok. ^_^





       " (SITUASI 1) Hari nie, hari pertama aku exam. Selepas memeriksa semua kelengkapan, aku bergegas ke venue exam. Setibanya di sana; "Ops, aku lupa nak tengok nombor meja aku!" . So, aku melangkah ke tempat yang menempatkan nombor-nombor meja student di bangunan yang agak jauh dari venue exam tadi. Setibanya di sana, aku memerhati baris pertama dalam senarai nama yang ditampal. Aku tau, nama aku bermula dengan huruf AF, semestinya ia berada di sekitar baris pertama. Sekali kulihat; "Hah? mane name aku?!". Aku cube check nombor matrik aku pula. Tak ada! /omg "Waa... aku kene barred dari exam ke?! Dah la banyak kali aku tak gi kelas! Wahaha...". Saat tu aku rase cam nak nangis je. Lalu aku melangkah kaki perlahan-lahan - nak balik bilik- sambil otak ligat memikirkan apa yang akan aku tempuhi selepas ni - kene ambik balik subject tu? Abi ngan umi aku pasti marah gile-gile kat aku, ahh..pointer aku pasti jatuh terukkkk..!! 


         Kaki aku menuruni tangga. Fikiran aku buntu. Tibe-tibe, otak aku kembali waras. Aku terfikir; "Kejap! kawan aku cakap, nombor meja die sekitar 300, padahal die group 13, tapi, aku group 40, mesti nombor aku lebih dari die. Ye! Tapi, kenape tadi aku tengok nombor sume sekitar 20-an? Ah..gi tengok balik!" Kaki aku kembali ke tempat tadi. Setelah memerhati seketika, ahh! CCHB??! (CCHB adalah kod subject untuk pelajar lelaki.). Dengan bergegas, aku mencari senarai nama CCHS! Owhh.... i got it! 8. 45 a.m?! Exam da nak start!"




             " (SITUASI 2) Hari kedua exam! Aku tiba awal di venue exam. Aku dah tengok tadi, venue exam kat main hall CAC. So, aku duduk kat situ sementara menunggu masuk dewan sambil ulangkaji balik apa yang aku da baca semalam. Hairan tetiba bila aku lihat sekeliling, tak nampak sorang pon kawan-kawan yang sekelas ngan aku kat sekitar kawasan aku duduk tu. "Mane dorang nie ek? Dorang lewat kot.." Aku meneruskankan bacaan. 


          Kemudian, pintu dewan dibuka, aku melulu masuk seperti orang lain. Sekali lagi hairan; "Kenape main hall nie kecik je aku tengok? /hmm Emm?" Aku masih tercari-cari kelibat kawan-kawan aku sambil melihat-lihat nombor meja. "Emm..wait! Erk... aku salah tempat! Nie bukan main hall! Nie banquet CAC!"/shock Kakiku kaku seketika. Segannya nak keluar. Nanti apa plak EA (Examiner Asisstant) cakap nanti. Aku menggagahkan kakiku melangkah ke pintu dewan sambil mulut kumat-kumit membaca ayat 9 Surah Yaasin mengelakkan mereka nampak aku. "Waaa...." Aku bergegas ke main hall tanpa mempedulikan beg dan segala nota-nota aku di luar dewan banquet tadi. Kelihatan ramai orang yang sedang berpusu-pusu masuk ke main hall. Lega."


        "(SITUASI 3) Hari keseterusnya, aku rasa nie lah hari yang paling malang bagi aku. Huhu.. Kenapa? Dompet aku hilang! /shock Aku tak kisah kalau nak hilang duit ngan IC time tuh, tapi, jangan kad matrik! Exam aku pukul 9! Sekarang 8.40! Arrhh...!! Aku gi tanya kawan aku bilik sebelah ade tak dompet aku kat situ sebab semalam aku makan kat bilik die. Tapi, takde! Pastu, aku teringat! "Ah? Ke aku terbuang sekali ngan plastik nasi semalam?" Aku gi check dalam tong sampah! Waa....! Tong sampah kosong! Makcik! Kenapa buang sampah awal sangat?! Padahal waktu tu da hampir pukul 9 dah! Selalunya makcik cleaner buang dalam pukul 7 pagi camtuh! Wawawa...




           "Takde cara lain dah! Aku kene gi wat report dekat guard. Aku pun mula berlari ke ofis guard. Aku cakap nombor matrik aku selepas ditanya. Tau pakcik tu cakap ape?;


Guard : Nombor adik takde dalam senarai lah dik.
Aku    : Takde? Kalau takde maksudnya ape pakcik?
Guard : Adik bukan student UIA
Aku    : (Ahhhh...??!) /blur Erk..ye ke pakcik? Emm.. Aa! Saya ade bukti bahawa saya student sini. 


Aku menyelongkar beg aku. Slip exam! Mane plak peginya slip exam aku nie? Ahh?? Ops! Duk dalam buku Nahusoraf semalam! Lupe nak ambik./floor


Aku: Erk..pakcik, cuba pakcik masukkan nombor saya sekali lagi. 


           Pakcik hanya menurut kata-kata aku. Tetiba pakcik tu cakap ade plak! Aish! Pakcik nie nak uji aku ke?? Die bagi aku borang suruh aku isi. Isi borang lagi! Tau time tu kul bape? Kul 9.10 minit dah! 


           Selepas dapat kad kuning pengganti kad matrik, aku menuju ke dewan. Tetiba, aku teringat lagi! Slip Exam aku! Waa... kene print baru! Aku menuju ke ITD. Aku masuk dalam akaun aku, kredit print berbaki RM0.01. Huhu. Aku lihat seorang pelajar perempuan yang berada dalam tu, tanpa segan silu, aku bertanya;


" Sister, aku kredit tak?" Sambil tangan aku menunjuk ke arah desktop. 
Ade" Jawabnya.
" Nak print satu kertas boley tak?
Boleh-boleh."


Sambil menekan papan kekunci komputer, aku bertanya lagi; 


"Sis, tau tak kalau exam lewat sampai pukul brape takleh masuk?
" Emm..Rasenye dalam setengah jah macamtu." 


Setengah jam? Aku lihat jam di tangan aku. Kul 9.20 da!! /omg


           Selepas menunggu mesin print lame tu memprint slip exam aku (risau gak kalau tetiba mesin tu tak berfungsi), aku menuju ke venue exam. Aku lihat pintu exam da ditutup. Aku tak pasti sama ade dorang kunci atau tak. Aku menggagahkan lagi diri aku untuk mendekati pintu itu dan menolaknya. Yes! Tak kunci. Aku mencari nombor meja. Aku melihat kawan-kawan aku dengan mulut mereka aku tau mereka bertanya; kenapa lewat? Aku senyum sahaja. Ahh....Exam!"


            Selepas abis exam, hanset aku plak tertinggal dalam dewan exam! What a pathetic day! Aoouu..  
             Kau tau mane aku letak dompet aku? Bile sampai kat bilik, aku cuba cari perlahan-lahan. Mula-mula aku gi tengok kat dalam tong sampah bilik aku (pagi tadi, tong sampah bilik kawan aku.), takde. Aku cari tepi-tepi katil, angkat bantal, letak bantal. Pastu, aku duduk kat meja study, buka locker meja study. Aku tengok, aku perhati, kelihatan seperti dompet aku. Aku mencapai tanpa perasaan. /XD Beberapa saat selepas tu, YEAAAYYY!! Kawan sebelah bilik aku terkejut. YEAYYY!!"


Ok, begitulah cerite benar yang dilalui oleh teman rapat aku. Waahh... Sungguh sangat tercabar kesabaran. So, lepas aku dengar cerite die, aku cakap kat die; " Kalo aku, aku dah nangis da wei! Hebat betol cabaran tu."


Cara dia cakap tu sedikit pon takde rupa dia stress atau kesal atau sedih dengan kejadian tu. Die cakap, ade gak die terfikir, ape la dosa die hari tu sambil beristighfar. Pastu, die cakap, "Takpelah, Tuhan nak uji cikit je hari tu." /nobigdeal Lepas tu, die meneruskan menghabiskan nasinya yang masih berbaki. Tabahnya die.


                              /sweat




So,bye! /bye


p/s: sepanjang die cerite tu, aku gelak-gelak je. Lucu kowt~




                                                       


2 comments:

  1. wah! memang tabah gile mbe kmoo tuh! kalau akupon cam nak nanges kot. byk giler dogaan b4 exam ;p

    ReplyDelete
  2. ha'a kan? aku pon terpegun ngn die.. hihi..~

    ReplyDelete